F Waris Bengang Lagu Ciptaannya Bocor di YouTube | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Waris Bengang Lagu Ciptaannya Bocor di YouTube

Belum pun sempat dilancarkan secara rasmi, lagu pasukan bola sepak Negeri Sembilan ciptaan Waris sudah pun dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab.

Marah dengan individu tersebut, Waris menerusi Instagram miliknya memberi amaran agar pihak berkenaan segera memadam lagu tersebut daripada akaun YouTube peribadinya.


Jika tidak, pihaknya akan megambil tindakan undang-undang terhadap perkara berkenaan.

"Kepada Shakirin, tolong jangan keluarkan lagu ini. Turunkan secepat mungkin atau saya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan ambil tindakan undang-undang ke atas anda. Sudah dua kali, sebelum ini di Facebook #amaran #amaran #amaran," tulisnya.

Menurut Waris, ini merupakan kali kedua lagu tersebut cuba dibocorkan kepada umum.

Bagaimanapun, lagu berdurasi 3.44 minit itu sudah dipadamkan daripada laman Youtube individu tersebut.

Memetik laporan mStar online, lagu berkenaan merupakan kerjasama Waris dengan PBNS. Lagu itu dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi berikutan masih dalam proses penggambaran muzik video.
ot;1" />
Powered by Blogger.