F Video kecantikan, fesyen bawa tuah buat Bethany Mota | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Video kecantikan, fesyen bawa tuah buat Bethany Mota

WANITA dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Jadi tidak hairanlah apa sahaja yang berkaitan dengan kecantikan dan penjagaan diri, pasti mendapat perhatian mereka.

Itulah yang cuba disampaikan personaliti Viral minggu ini iaitu Bethany Mota, antara YouTubers prolifik menerusi paparan video berkaitan kecantikan, fesyen, Do it Yourself (DIY) dan penampilan diri.

Menariknya, penglibatan gadis dari California, Amerika Syarikat ini di jaluran media sosial sejak lapan tahun lalu memberikan impak bermakna buat dirinya.


Disenaraikan antara YouTubers wanita terkaya, Moty bukan sahaja berjaya mengumpul kelompok pengikutnya sendiri, malah dia juga melancarkan rangkaian fesyennya sendiri, Aeropostale.

Menggunakan akaun YouTube Macbarbie07, Moty mempunyai lebih 10 juta pengikut daripada seluruh dunia yang terdiri daripada remaja.

Selain itu, Moty turut memuat naik video yang berkaitan dengan perhubungan dan gaya hidup.

Sering dibuli

Ditanya mengenai penglibatan Moty dalam dunia YouTube sehingga menjadi tontonan jutaan pengguna internet seluruh dunia, pemilik nama lengkap Bethany Noel Mota ini memberitahu, semuanya berlaku secara spontan.

Akuinya, dia terdorong mengekspresikan diri apabila sering dibuli rakan.

“Sejak usia 12 tahun, saya sering dikutuk rakan sekolah kerana penampilan yang kononnya tidak menyenangkan mereka. Jadi saya cari jalan untuk luahkan apa yang saya alami. Pada masa sama, saya selesa dengan diri ini dan mahu kekal dengan apa yang ada sekarang.

“Saya mula isi masa dengan menonton video kecantikan di YouTube dan sejak itulah, saya mula beranikan diri untuk memuat naik video yang pertama! Pada awalnya saya agak tak yakin, tapi tak mengapa sebab sekurang-kurangnya saya cuba," jelasnya.

Tambah Moty, video pertamanya berkenaan alat solek dan ketika itu dia tidak begitu mengenali item solekan  berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, dia mula belajar tetapi mengakui tidak mudah menarik perhatian netizen sehingga terpaksa memantau setiap hari untuk melihat jumlah netizen yang menonton.

"Untuk berada pada tahap sekarang, ia merupakan satu fasa yang agak perlahan.

“Tapi saya okay saja.Setidak-tidaknya impian untuk memberi inspirasi kepada mereka di luar sana tercapai,” katanya yang turut memberitahu, apa yang dilakukannya ini bertujuan memberi semangat kepada netizen yang tidak yakin dengan diri sendiri.

Katanya, dulu dia dibuli dan sekarang masih dalam keadaan sama cuma caranya saja berbeza.

"Kini saya dibuli oleh keyboard warrior. Tapi tak mengapa sebab saya sudah kalis dengan semua itu. Itulah yang saya mahu sampaikan kepada pengikut. Jangan pandang serius apa yang orang kata mengenai diri kita.

"Sebaliknya, cuba belajar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kita perlu mencintai diri kita, jadi positif dan berfikiran terbuka,” ujar Moty serius.
ot;1" />
Powered by Blogger.