F Turki hantar tentera ke Qatar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Turki hantar tentera ke Qatar

Presiden Turki. Recep Tayyip Erdogan pada Khamis mengesahkan Parlimen negara itu bersetuju menghantar tenteranya ke Qatar serta meluluskan perjanjian antara kedua-dua negara mengenai kerjasama latihan ketenteraan, lapor agensi berita China Xinhua.

Perjanjian itu diluluskan Parlimen Turki melalui prosedur 'fast-track' pada Rabu.

Menerusi perjanjian pertama ditandatangani di Doha pada April 2016, Turki bakal meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Qatar manakala perjanjian kedua yang ditandatangani pada Disember 2015 pula membenarkan tentera Turki melatih pasukan tentera Qatar.

Erdogan sebelum ini membuat kenyataan bahawa Turki tidak bersetuju dengan sekatan yang dikenakan beberapa negara Arab ke atas Qatar.

Beberapa negara Arab - Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Mesir, Libya, Mauritania dan Maldives memutuskan hubungan mereka dengan Qatar Isnin lalu setelah menuduh Doha menyokong keganasan dan kumpulan pelampau.

Qatar bagaimanapun menolak tuduhan berkenaan dan menyifatkan langkah diambil negara-negara tersebut 'tidak berasas'.
ot;1" />
Powered by Blogger.