F T.O.P Sudah Sedar Gara-Gara Ubat Terlarang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

T.O.P Sudah Sedar Gara-Gara Ubat Terlarang

PENYANYI kumpulan Big Bang, T.O.P beransur pulih selepas dia ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai mengambil ubat terlarang secara berlebihan pada Selasa lalu.

YG Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu T.O.P. kini sedang menjalani rawatan susulan dan psikologi bagi memastikan tahap kesihatannya benar-benar pulih.

T.O.P sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Ehwa Woman Mokdong sebelum dipindahkan ke sebuah hospital lain selepas dia sedarkan diri.

"T.O.P sedang menerima rawatan terbaik daripada hospital dan dia dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi," kata wakil YG Entertainment.

Media di Korea Selatan sebelum ini melaporkan T.O.P mengambil ubat-ubatan terlarang kerana tertekan ekoran skandal penyalahgunaan dadah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai selebriti berpengaruh.

Menambah tekanan itu, T.O.P disingkirkan daripada terus mengikuti program latihan ketenteraan berkuakuasa serta-merta setelah empat bulan ditugaskan di Pejabat Polis Gangnam Seoul, Korea.
Ketika dibawa ke hospital, T.O.P ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan harapannya untuk terus hidup tipis.

Perkhabaran itu mencetuskan panik dalam kalangan peminatnya yang bimbang akan keadaan dirinya.


Powered by Blogger.