Berita Terkini
recent

T.O.P Masih Kritikal, Doktor Tak Pasti Jumlah Pil Yang Ditelan

Berta bintang terkenal Korea, T.O.P, yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya akibat pengambilam ubat anti-gelisah berlebihan pada Selasa lalu, cukup memeranjatkan banyak pihak termasuk peminat kumpulan BigBang di seluruh dunia.

Lebih merisaukan, apabila timbul pelbagai spekulasi juga berita yang mengelirukan mengenai kondisi diri penyanyi rap berusia 29 tahun ini selepas hampir selepas 24 jam dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di pusat perubatan Universiti Wanita Ewha di Mokdong, Seoul.

Terkini, menerusi laporan media Korea menyebut, pada 7 Jun (semalam), kira-kira jam 4 petang (waktu Korea), sekumpulan pakar perubatan yang merawat T.O.P telah mengadakan satu sidang media khas mendedahkan mengenai perkembangan T.O.P terkini sekaligus menjawab segala spekulasi dan kekeliruan informasi yang tersebar di internet.

Tiga pakar perubatan iaitu Lee Deok Hee, Kim Yong Jae, dan Choi Hee Yeon menjelaskan mengenai kondisi terkini T.O.P seperti berikut:

Tekanan darah: 144/108 (Hyper-tension)
Degup Jantung : 128 (Abnormal).

"Pada 6 Jun lalu, T.0.P dibawa ke hospital oleh tiga individu, seorang mengangkat bahagian atas tubuhnya sementara dua lagi mengangkat bahagian bawah.

"Pihak kami terus menjalankan pemeriksaan pemeriksaan dan ketika itu T.O.P dalam kondisi tidur nyenyak dan separuh sadar. Bola matanya mengecil dan mengalami penurunan refleksi kornea. Kedua matanya hanya menunjukkan reaksi terhadap stimulus yang kuat," ujar Kim Han Soo.

"T.O.P sukar bernafas kerana kekurangan oksigen dan kadar karbon dioksida di dalam badannya terlalu tinggi. Disebabkan itu kondisinya kritikal. Kemudian T.O.P terus dibawa ke ICU pada pukul 4.50 waktu Korea Selatan," tambahnya.

Pihak perubatan kemudiannya mendapati T.O.P mengalami masalah pernafasan akibat pengambilan ubat jenis benzodiazepine iaitu ubat anti-gelisah dalam dos yang berlebihan.

Sehingga kini, T.O.P masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan dan pakar perubatan bercadang untuk menjalankan kaedah rawatan neurologi dan kesihatan mental terhadap penyanyi itu.

"Kami tidak dapat menentukan jumlah ubat yang telah ditelah oleh pesakit dan buat masih ini sukar untuk kami katakan mengenai tempoh pemulihan beliau.

"Namun biasanya, pesakit dalam usia seperti T.O.P akan kembali pulih seminggu atau dua minggu," ujar profesor Neurologi, Kim Yong Jae.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.