Berita Terkini
recent

T.O.P (Bigbang) Kritikal, Guna Alat Bantuan Penafasan

Satu berita yang sangat menyedihkan dan menggemparkan buat pencinta KPop tentang salah seorang ahli kumpulan Bigbang, T.O.P yang terkenal dengan gaya segaknya telah dikejarkan dan dimasukan ke ICU selepas dikatakan mengambil dadah secara berlebihan.
Menurut sebuah portal hiburan Korea Selatan, T.O.P pada mulanya ditempatkan di wad kecemasan kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sehingga kini masih tidak sedarkan diri.
Menurut agensi mewakili label YG Entertainment yang bertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan seninya, T.O.P telah ditemui tidak sedarkan diri pada pagi Selasa lalu dan segera dikejarkan ke hospital berdekatan.
Susulan itu, ibu kepada rapper muda ini ada berkongsi sedikit perkembangan tentang anaknya itu. Menurutnya, Choi Seung Hyun atau lebih dikenali sebagai T.O.P benar-benar sedang tenat dan kini bergantung pada alat bantuan penafasan.
Tambahnya, kekurangan oksigen yang menimpa anaknya itu boleh menyebabkan kerosakan teruk dibahagian otak.
Menurutnya lagi, buat masa ini, hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja dibenarkan melawat dan berada bersama T.O.P.
Sungguhpun pihak hospital masih menantikan keputusan ujian, ada sumber mengatakan penyanyi ini mengalami masalah kemurungan sejak terlibat dengan skandal penyalah gunaan dadah hingga menyebabkan reputasinya sebagai selebriti terjejas teruk.
Terdahulu T.O.P pernah menggemparkan industri dengan kisah program latihan ketenteraannya dan diperintahkan untuk meninggalkan latihan tersebut kerana mengaku terlibat dengan penggunaan dadah jenis marijuana, kini kisahnya menjadi hangat apabila ia berterusan sehingga memberi kesan yang teruk pada kesihatannya.
Menurut portal Dispatch, walaupun kes ini agak berat dan memalukan namun sepanjang T.O.P dibawa keluar dari Balai Polis Gangnam dia sentiasa tersenyum dan nampak tenang dengan sarungan uniform di badan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.