Berita Terkini
recent

TNB tidak belajar daripada pengalaman

Walau apa juga alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan kadar tarif elektrik, perkembangan terbaharu ini akan terus menekan dan menyebabkan rakyat marah.

Malah kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin, kenaikan itu juga sekali gus akan menjejaskan peluang BN pada PRU14 kelak.

Menurut Nazir, kenaikan kadar tarif elektrik ini akan menjadi bom jangka kemarahan rakyat yang berasa mereka terus ditekan.

"Kesan kemarahan itu bukan kepada TNB yang mencatatkan keuntungan bersih berbilion ringgit setiap tahun, tetapi kepada kerajaan BN.
"Apabila kita melihat kepada laporan bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2016 TNB, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada RM26.8 bilion daripada RM25.7 bilion untuk tempoh sama tahun sebelumnya manakala perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pula mencatatkan RM6.99 bilion berbanding RM6.41 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah menurut Nazir Hussin, TNB turut mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM5.58 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2016 meningkat 6.3 peratus berbanding RM5.25 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai ura-ura TNB dikatakan mahu menaikkan kadar tarif elektrik.

"TNB memberi alasan kenaikan kadar itu disebabkan semakan semula tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walaupun apa juga alasan yang diberikan TNB itu, sebarang kenaikan akan menjejaskan pengguna yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya lagi.

Sehubungan itu, HELP menggesa kerajaan supaya menolak cadangan kenaikan tarif elektrik TNB dan mencari kaedah terbaik kepada rakyat negara ini agar dapat menikmati kemudahan elektrik ini dengan kadar yang lebih efisyen.

"TNB tidak pernah belajar daripada pengalaman apabila berlaku kesan rantaian (chain effect) daripada kenaikan tarif itu menyebabkab kos perbelanjaan  isi rumah turut meningkat.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.