F Tauke nikah hujung tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tauke nikah hujung tahun

DISEBABKAN tidak lagi membawa tunangnya di majlis hiburan, pelawak popular Tauke didakwa sudah putus tunang.

Tauke, 41, atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria yang mengikat tali pertunangan dengan Nadia Mohd Affendi, 28, pada Disember 2015 ketika dihubungi menafikan mereka sudah putus tunang.

Tauke berkata, mereka juga bakal melangsungkan pernikahan penghujung tahun ini.

€œAlhamdulillah, sehingga hari ini hubungan kami masih baik dan rapat. Cerita yang mengatakan hubungan kami sudah berakhir adalah tidak betul.

€œSaya ada juga mendengar gosip ini tapi saya tidak mahu ambil pusing. Cukuplah saya katakan kami masih bersama cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan urusan peribadi, katanya.

Tauke berkata, dia dia berharap urusan pernikahannya dipermudahkan dan meminta peminat mendoakan mereka.

Terdahulu, timbul gosip mengatakan Tauke sudah tidak bersama Nadia apabila pelawak itu tidak lagi memuat naik gambar bersama di akaun Instagram.

Lebih menguatkan dakwaan itu, Tauke juga dikatakan tidak lagi membawa tunangnya dalam majlis-majlis hiburan.

Powered by Blogger.