Berita Terkini
recent

Tak Syok Raya di KL - Tania Hudson

Biarpun dilahirkan sebagai anak berdarah campuran tetapi pelakon Tania Hudson tidak kekok untuk menjalani kehidupan di kampung.

Walaupun tidak mempunyai masa untuk pulang ke kampung namun setiap kali menjelang raya, menjadi satu kemestian bagi dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya di Tapah, Perak.

Kata adik kepada pelakon Natasha Hudson ini, sejak dari kecil dia di dedahkan dengan suasana menyambut raya di kampung yang mana jauh lebih meriah berbanding meraikan di ibu kota.

Beritahu gadis berdarah Melayu-Australia ini, pernah satu ketika mereka sekeluarga menyambut raya di bandar namun keseronokan itu langsung tidak terasa.

"Selalunya dua hari sebelum raya memang kami sekeluarga akan balik ke kampung. Keluarga ibu saya besar, dia ada 12 adik beradik. Jadi hari raya memang sangat meriah.

"Kalau balik kampung, memang saya 'kampung girl'. Saya dan sepupu kami akan pergi memancing dan bermain seperti permainan baling selipar. Rumah nenek saya pula berdekatan dengan air terjun, jadi kami suka bermain di situ.

"Dari kecil kami sudah biasa beraya di kampung. Tak seronok raya di Kuala Lumpur, rasa bosan lebih-lebih lagi apabila semua jiran pulang ke kampung masing-masing. Tapi tahun lepas kami sekeluarga saja hendak merasa raya di bandar, tak best," katanya yang menggemari juadah raya seperti soto dan lontong.

Sementara itu mengenai perkembangan kerjaya, Tania bakal muncul dalam siri seram bertajuk Mariana. Satu lagi drama bersiri, Encik Suami Mat Salih Celop.

Selain dia menantikan tayangan filem Abang Long Fadil 2 yang akan menemui penonton tidak lama lagi. Serta filem KL Special Force yang dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.