F Tak Kisah Payudara Dirakam Kamera | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tak Kisah Payudara Dirakam Kamera

Kristen Stewart baru-baru ini  mencuri tumpuan khalayak sekelilingnya dengan penampilan yang seksi ketika di sesi fotografi  untuk Chanel, Aubazine Abbey, di Perancis.

Ketika berada di lokasi set fotografi tersebut, aktres berusia 27 tahun itu hampir-hampir menayangkan payudaranya.

Mengenakan jaket kulit berwarna hitam, pakaiannya itu terbuka dan memperlihatkan bahagian dadanya tanpa bra atau pakaian dalam lain.

Bahagian intimnya itu sempat dirakamkan lensa kamera. Namun perkara tersebut nampaknya bukan masalah besar bagi bintang filem Twilight ini.

Sepanjang sesi fotografi, Kristen ditemani oleh kekasihnya, Stella Maxwell.

Pasangan ini tidak segan silu memperlihatkan kemesraan mereka di depan kru produksi.

Memetik laporan Aceshowbiz, Kristen dan Stella tiba di Paris pada 15 Jun lalu.

Bulan lalu, pasangan ini dikhabarkan telah tinggal bersama di kediaman milik Kristen.

Powered by Blogger.