F 'Syukur rezeki mengalir...' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

'Syukur rezeki mengalir...'

Ramadan, bulan rezeki buat segelintir artis tempatan. Selain memperbanyakkan amalan, khidmat mereka diperlukan bagi memeriah­kan suasana sama ada di hotel, restoran dan kompleks beli-belah.

Barisan artis seperti Mark Adam, Azaharina Azhar, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Tajul, Wany Hasrita, Erni Zakri, Ronnie Hussien dan Sarah Fazny bertuah kerana diundang mengadakan per­sembahan di pusat beli-belah Plaza Shah Alam bermula 24 Mei sehingga 24 Jun ini.

Ia bagi meraikan tema Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majestic­raya.

MajesticRaya berkonsep­kan keagungan dan majestic memberi erti keagungan Ramadan dan keindahan menjelang Syawal.

Oleh itu artis terbabit akan memeriahkan musim perayaan dan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi muzik di ruang pentas yang menarik serta dihiasi dengan lampu lampu bergemerlapan.

Hiasan lampu bagaikan memberi sinar gemilang buat pengunjung terutama yang beragama Islam kerana dapat merasai betapa agungnya Ramadan dan ke­indahan Syawal yang hanya dirasai setahun sekali.

Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussein mengakui bersyukur kerana rezekinya terus mengalir biarpun pada Ramadan.

“Sebagai seorang pe­nyanyi, undangan persembahan adalah sumber mata pencarian utama kami. Apabila dapat tawaran begini, sekurang-kurangnya ada juga duit raya untuk saya.

“Alhamdulillah boleh dikatakan jadual saya terisi juga sepanjang Ramadan terutama untuk menjayakan persembahan di kompleks beli-belah,” katanya.

Menurutnya, kehadirannya dan rakan artis lain pasti memberikan mood untuk menyambut Aidilfitri terhadap pengunjung dengan dendangan lagu raya klasik dan hits kontemporari.

“Saya percaya mende­ngar lagu nostalgia begini pasti akan menghidupkan suasana balik kampung di kalangan pengunjung.

“Selain berbelanja, pe­ngunjung juga boleh bergambar dengan kami sebagai kenang kenangan mereka,” katanya.

Memeriahkan lagi aktiviti sepanjang promosi masjestic­raya, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan mewarna “Majestic Raya”, pertunjukan fesyen, pertandingan merdu raya dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf bersama Mark Adam serta Azaharina.

Tidak ketinggalan mereka juga dapat menikmati bubur lambuk yang diberi percuma setiap hari Ahad jam 5 petang.
ot;1" />
Powered by Blogger.