Berita Terkini
recent

Syarikat Permainan Seks Reka Replika Alat Sulit Justin Bieber

Justin Bieber kini mempunyai cara lebih seksi untuk melakukan kegiatan amal. Tidak hanya dengan mengadakan konsert malah dia menggunakan alat sulitnya.

Memetik laporan Aceshowbiz, pelantun "Sorry" ini dikhabarkan mendapatkan tawaran bernilai USD50,000 (RM213,552) daripada sebuah syarikat pengeluaran mainan seks untuk mendapatkan keizinan membuat replika emas alat kelaminnya.

Replika tersebut akan dilelong dan hasil lelongan akan disumbangkan ke sebuah badan amal.

Jeff Dillon merupakan perunding daripada Man Shop, telah secara resmi menawarkan surat kepada pengurus Justin Bieber, Scooter Braun. Syarikat itu berhasrat untuk mengabadikan kemaluan penyanyi berasak dari Kanada itu dalam bentuk emas.

"Justin dikhabarkan memiliki kemaluan yang besar dan kami ingin mempamerkannya,"

"Bersama tawaran ini, kami ingin menghasilkan permainan berkualiti tinggi dan melelongnya dengan harga yang paling tinggi. Hasil keuntungan jualan itu akan disumbangkan untuk badan amal pilihan Justin," tulis Dillon dalam suratnya.

Tidak hanya bersalut emas, replika alat kelamin Justin Bieber itu dikatakan akan dihiasi sebuah cincin bertahtakan 50 biji berlian. Perjanjian itu turut tertulis dalam surat tawaran tersebut.

"Setelah hampir sembilan tahun berada di industri hiburan, dengan kejayaan jualan jutaan album dan kemampuan untuk menghasilkan lagu hits, kami ingin memberikan penghormatan kepada Justin dengan tawaran unik ini," tambah Dillon.

"Kami yakin permainan seks emas ini akan menjadi satu keuntungan bagi Justin, peminatnya juga badan amal pilihanya," tambah perunding itu lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.