Berita Terkini
recent

Syafiq Kyle Kurus Sebab Tertekan

Pelakon Syafiq Kyle, 24, memberitahu tekanan yang dirasai sepanjang menghidupkan watak sebagai seorang jurugambar dalam drama, Mencintaimu Mr. Fotografer mungkin antara punca berat badannya susut.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak ini, wataknya kali ini berat bukan saja dari segi penghayatan malah memerlukan dia bermain dengan emosi.

"Saya sekarang sedang menjalani penggambaran dama Mencintaimu Mr. Fotografer. Watak saya kali ini berat dan mungkin sebab itu saya nampak kurus.

"Saya akui saya agak tertekan kerana karakter saya kali ini memerlukan penjiwaan dan bermain dengan emosi. Tugas saya berat. Apabila ditayangkan nanti, penonton mungkin hanya tengok saya dalam tempoh sebulan tetapi sebenarnya saya perlu menjiwai karakter itu selama tiga bulan selama menjalani penggambaran.

"Tambahan, setiap episod penonton akan lihat saya dan mereka pasti mahu mengetahui perkembangan jalan cerita bermula dari episod satu sehingga episod 16," katanya ketika ditanya mengenai fizikalnya yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.

Syafiq berkata demikian ditemui pada majlis tayangan syawal Astro, bertempat di Hotel Majestic, baru-baru ini.

Dalam yang diadaptasi dari novel itu, Syafiq bergandingan dengan pelakon baru berasal dari Singapura, Hanna Delisha.

Sementara tu, berkongsi mengenai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang, Syafiq berkata setiap tahun dia meraikan secara sederhana. Namun paling penting, cuti hari raya dimanfaatkan dengan meluang masa bersama keluarga.

"Macam biasa sama saja setiap tahun sederhana saja. Saya balik ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selalunya saya akan cuti dalam beberapa hari.

"Masa hari raya adalah saat untuk kita berkumpul bersama keluarga selin menghargai mereka. Sebenarnya bukan pada hari raya saja kita perlu menghargai mereka malah di hari-hari biasa pun," tuturnya.

Powered by Blogger.