Berita Terkini
recent

Sufian Suhaimi Nafi Ganggu Isteri Orang

Baru-baru ini industri hiburan telah digemparkan dengan isu pelakon Shukri Yahaya yang dikatakan telah menggoda salah seorang peminatnya di WeChat.

Kali ini Sufian Suhaimi teman baik kepada Elfira Loy yang terkenal dengan lagu Terakhir dikatakan juga telah menganggu seorang wanita berstatus isteri orang melalui aplikasi sembang Bigo Live.
Semua ini terbongkar gara-gara suami kepada wanita tersebut memuat naik perbualan di laman twitternya malam tadi.

Terkejut melihat nama pemegang akaun tersebut Sufian Suhaimi, suami kepada ‘mangsa gangguan’ tersebut mula menjalankan beberapa siasatan dan menyamar sebagai isterinya di aplikasi tersebut.
Pada mulanya dia agak pelik dan terasa seperti sesuatu yang mencurigakan, lelaki tersebut meminta ‘sufian’ untuk menghantar beberapa keeping gambar padanya.

Melihat gambar-gambar yang telah dihantar, lelaki tersebut merasa yakin dan percaya ia adalah akaun sebenar ‘Sufian’ kerana gambar tersebut di kira asli dan tidak dijumpai di mana-mana ejen carian Google Imej atau di instagram.

Mempunyai beberapa bukti seperti screen capture perbualan dan video call bersama Sufian, lelaki tersebut bertindak untuk memuat naik segalanya di sosial media dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Namun ia mengundang kemarahan Sufianators dan menganggap lelaki tersebut ‘menggali lubang kuburnya’ sendiri.

Sehubungan dengan itu, Sufian telah tampil dan mengeluarkan kenyataan melalui akaun sosial twitternya dan menafikan segalanya.

Katanya ringkas, dia tiada akaun WeChat dan Bigo serta percaya di zaman sekarang semua orang boleh membuat akaun palsu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.