Berita Terkini
recent

Sufian Risik 'Selena Gomez' Malaysia

SELEPAS digosipkan mempunyai hubungan cinta, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya membawa rombongan keluarga untuk merisik Elfira Loy, aktres yang digelar sebagai Selena Gomez Malaysia oleh majalah Vouge.

Sufian, 25, berkata keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya itu dibuat selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis pagi tadi (Jumaat) hanya merisik sahaja bukan bertunang. Ia dihadiri keluarga saya dan Elfira sahaja.

"Ia perkara yang baik dan elok dipercepatkan terutama kedua-dua keluarga sudah merestuinya. Saya adalah orang yang sangat gembira apabila bersamanya," ujar Sufian.


Sufian dan Elfira mulai rapat empat bulan lalu dan hubungan tersebut semakin serius apabila kedua-duanya  menyambut hari jadi masing-masing dengan kejutan yang istimewa.


Pasangan ini turut berkongsi foto-foto pada majlis yang diadakan secara tertutup itu pada malam Jumaat.

Penyanyi lagu Terakhir ini memberi sebentuk cincin pada majlis yang diadakan di kediaman pelakon wanita itu di Cheras.

Pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada peminat mereka. Malah ada juga yang memberi komen patah hati apabila mendapat tahu penyanyi dan pelakon kesayangan mereka bakal menamatkan zaman bujang.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Sufian berkata, ia mungkin berlangsung pada tahun depan.

"Buat masa ini belum ada tarikh yang pasti, namun bukanlah dalam masa terdekat atau tahun ini.

"Insya-Allah kalau dilancarkan kemungkinan pada tahun depan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, majalah fesyen antarabangsa Vogue mengeluarkan satu petikan mengenai diri Elfira dengan menggelarkan dia sebagai Selena Gomez Malaysia kerana bijak dalam berfesyen dan sentiasa bergaya.


Penampilan Elfira dikatakan menjadi bukti bahawa wanita berpakaian sopan pandai memilih gaya yang bersesuaian mengikut fesyen terkini.

Malah, setiap fesyen yang digayakan oleh Elfira di laman Instagramnya juga mendapat pujian.

Selain itu, Vogue juga menyukai pilihan hijab warna-warni yang telah diperagakan oleh Elfira menerusi laman Instagramnya.

Elfira antara selebriti Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut laman sosial tertinggi dengan angka 3.3 juta.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.