Berita Terkini
recent

Stesen TV Tolak Lagu NCT 127, G-Dragon

Stesen televisyen Korea, KBS (Korean Broadcasting System) menolak untuk menyiarkan lima buah lagu yang dianggap tidak layak untuk siaran umum.

Menerusi satu kenyataan rasmi pada 14 Jun 2017, stesen televisyen tersebut mengumumkan lagu Cherry Bomb nyanyian kumpulan NCT 127 telah dianggap tidak layak untuk siaran umum kerana menyebut tentang keganasan.

Selain itu, empat buah lagu daripada album solo terkini G-Dragon yang bertajuk Kwon Ji Yong, juga dianggap tidak layak untuk siaran umum iaitu lagu Middle Fingers-Up, BULLSH * T, Super Star, dan Divina Commedia.

Ini kerana lagu-lag tersebut berbaur kutukan, menyelitkan perkataan slanga, terma menghina, menyebut nama-nama jenama, dan banyak lagi.

Bagaimanapun, agensi SM Entertainment setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai NCT 127 dan promosi judul lagu lagu tersebut.

Begitu juga dengan YG Entertainment yang belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu lagu-lagu G-Dragon.
Powered by Blogger.