Berita Terkini
recent

Siti Sarah nafi suami 'diganggu'

PERCAYA dengan kesetiaan suami, penyanyi Siti Sarah akui berat badannya susut bukanlah kerana tertekan dan bimbang suaminya diganggu orang.

Sebaliknya, penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan itu terpaksa menurunkan berat badannya berikutan sukar hendak berjalan.

"Dakwaan suami saya diganggu orang tidak benar sama sekali. Namun, saya tak nafikan ada peminat yang terlalu meminati suami sehingga menghantar mesej secara peribadi meluahkan perasaan mereka.

"Saya percayakan suami kerana setiap kali menerima mesej, dia akan tunjukkan kepada saya,” katanya.

Sarah yang kini mempunyai berat badan 45 kilogram (kg) melakukan diet seimbang selain menjaga pemakanannya setiap hari.

"Berat saya pernah mencecah 75 kg selepas melahirkan anak ketiga. Apabila badan terlalu berat, saya susah hendak berjalan walaupun jarak dekat.

"Selain itu, saya hilang keyakinan diri dan sejak itu nekad mengamalkan pemakanan seimbang,” katanya.

Selepas berjaya mendapatkan berat badan ideal, Sarah turut berkongsi pemakanan yang diamalkan dalam sebuah buku.

"Saya turut menulis apa yang saya amalkan selama 20 hari berpantang dalam sebuah buku untuk dikongsi kepada peminat.

"Mereka boleh mendapatkan buku ini apabila membeli produk kesihatan yang saya jual,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.