Berita Terkini
recent

Sikap Rusdi tahan sakit terpuji

Bukan main tinggi pujian pengurus besar sebuah stesen TV terhadap pelakon yang kini bergelar pengarah, Rusdi Ramli.

Kata teman Cik Pang, pengurus itu memuji sikap profesional dan bertanggungjawab Rusdi bagi memastikan drama arahannya sentiasa berkualiti dan siap dalam tempoh ditetapkan.

Antara yang dipuji ialah sewaktu selebriti itu jatuh sakit akibat demam panas. Ikutkan, dia boleh saja berehat di rumah tapi mengejutkan, Rusdi sanggup pergi ke set dan mengarah setiap baki babak yang tinggal dari dalam keretanya sahaja.

Kata teman Cik Pang, monitor dan set audio diletakkan di dalam kereta bagi memudahkan pengarahannya.

Jujurnya, Cik Pang kagum dengan sikap ditunjukkan Rusdi sebab tidak ramai pengarah atau artis yang sanggup berbuat begitu. Selalunya set penggambaran terpaksa bercuti beberapa hari bagi memberi ruang kepada artis atau pengarah berehat.

Kalau cuti sekejap tidak mengapalah, tapi kalau berminggu-minggu kasihan pula pada kru yang kebanyakannya dibayar ikut jam bekerja.

Cik Pang harap semua artis memiliki sikap bertanggungjawab seperti ditunjukkan Rusdi. Tidak bermakna artis atau pengarah kena korbankan masa rehat, cuma sebelum ambil MC atau berehat, fikirkanlah nasib kru lain yang mungkin tak ‘berasap dapur’ rumah masing-masing.
Powered by Blogger.