Berita Terkini
recent

Shahir Malu-Malu Diajukan Soalan Tentang Jodoh

Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir kelihatan malu-malu apabila diajukan soalan mengenai jodoh.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berkata, dia berharap agar segala perancangannya dipermudahkan.

Terdahulu menerusi sebuah sumber portal hiburan, Shahir mengakui hubungannya bersama pelakon wanita terkenal, Erra Fazira kini berada di fasa serius.

Menurut Shahir lagi, dia juga sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama wanita itu.
“Apa yang boleh saya katakan doakan agar hubungan kami dipermudahkan dan Insya-Allah apabila tiba masanya saya akan kongsi dengan semua,” katanya.


Sebelum ini Shahir menerangkan bahawa dia enggan untuk membuka mulut tentang kesahihan hubungan mereka berdua kerana dia berasa malu untuk berkongsi mengenai kisah peribadinya.
Shahir juga memberitahu, dia berasa bersalah apabila Erra terpaksa menjawab segala pertanyaan tentang hubungan mereka.

“Saya tidak keberatan untuk bercakap mengenainya jika ditanya tetapi saya akui memang saya segan hendak bercakap soal peribadi.

“Jujurnya memang saya simpati dengan Erra yang terpaksa menjawab seorang diri tentang hubungan kami,” ujarnya.

Sama-sama kita doakan agar hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin dan bahagia hingga ke syurga.

Terkini, Shahir mengatakan dia bakal kembali aktif dalam industri seni dan akan berlakon dalam naskah terbaru bersama Erra Fazira dan Aaron Aziz.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.