F Seo In Guk Tak Mampu Teruskan Latihan Ketenteraan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Seo In Guk Tak Mampu Teruskan Latihan Ketenteraan

Bintang Hallyu, Seo In Guk, sebelum ini dilaporkan keluar dari kem latihan ketenteraan pada 31 Mac lalu kerana mengalami kecederaan di pergelangan kakinya hanya selepas tiga hari mendaftar diri.

Terkini, pelakon drama Shopping King Louie dilaporkan mendapat rawatan di Pusat Rawatan Fizikal Tentera yang terletak di Daegu.

Agensi Jellyfish Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan aktor berusia 29 tahun itu tidak dapat meneruskan latihan khidmat negara.

"Pada 31 Mac, Seo In Guk keluar dari kem ketika menjalani latihan asas disebabkan dia mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kiri.

"Dia kemudian melakukan pemeriksaan pada 27 April lalu dan dia terpaksa menjalani pemeriksaan lebih lanjut, yang dilakukan pada 5 Jun di Daegu Central Physical Examination Center of Military Manpower Administration," jelas agensi.

Dari hasil pemeriksaan terkini, mengesahkan tahap kesihatan Seo In Guk di paras 5, yang mana dianggap tidak mampu menjalani latihan ketenteraan. Dalam erti kata lain, dia boleh dikecualikan daripada menjalani latihan.

Bagaimanapun setakat ini, agensi masih belum mengulas lanjut mengenai sama ada benar Seo In Guk akan dikecualikan daripada latihan ketenteraan atau tidak.

Powered by Blogger.