F Selena Berganti Baju 6 Kali Sehari | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Selena Berganti Baju 6 Kali Sehari

Selena Gomez dilaporkan kini sedang sibuk dengan promosi single terbaharu berjudul Bad Liar, yang mana menuntutnya untuk keluar dan pergi ke banyak stesen radio.

Sebagai seorang figura umum, tentu sekali selebriti berusia 24 tahun ini mahu sentiasa nampak cantik di depan khayalak.

Bekas bintang Disney ini membuktikan statusnya sebagai seorang selebriti kelas A dengan berganti busana sebanyak lima kali dalam satu hari.

..

Untuk penampilan pertama, Selena mengenakan mini dress dari koleksi Jacquemus dipadankan dengan kasut tumit tinggi Louis Vuitton USD 1,000 (RM4,263). Kos keseluruhan bagi penampilan Selena pada pagi hari itu sekitar USD 2,000 (RM8,526).

Kemudian, penerbit 13 Reasons Why ini ke acara Elvis Duran and The Morning Show. Masih memakai kasut tumit tinggi yang sama, Selena hanya berganti pakaian menggunakan gaun berona jingga dari koleksi musim luruh Christopher Kane 2017. Gaun dengan belahan pada bagian pahanya ini dilaporkan boleh tahan mahal harganya.

Selepas Elvis Duran and The Morning Show, Selena terus menuju ke radio Sirius XM untuk sesi temubual dalam acara Morning Mash Show.Kali ini, ia memilih memakai gaun mini hitam putih koleksi Victor Gelmoud. Dipadankan dengan kacamata Tura Inc dan kasut Louis Vuitton-nya.

Penampilan kasual ini dikira-kira lebih kurang USD595 (RM2,536). Tetapi itu baru harga baju putih lengan panjangnya saja, belum termasuk harga gaun hitam dan kacamatanya.

Kemudian, kekasih The Weeknd ini kembali mencuri perhatian umum ketika dia muncul dengan outfit warna pink-putih koleksi Miu Miu. Selain itu, Selena juga memilih memakai kasut tumit tinggi dari koleksi Gianvito Rossi.

Penampilan seterusnya, Selena mengenakan gaun panjang hitam putih bergaris dan jaket kulit ketika k Music Choice. Pelantun Kill Em With Kindness ini pun kembali memilih memadankan busananya kasut Louis Vuitton.

..

Selena juga sempat mengganti bajunya ketika ingin bertemu dengan The Weeknd. Menghabiskan malam bersama kekasih, Selena tampil hot dengan mengenakan gaun lace dress dengan gaya lebih santai.

Powered by Blogger.