Berita Terkini
recent

Selebriti Termuda Paling Kaya

Meraih kejayaan di usia muda bukan lagi sesuatu yang mustahil. Ini kerana Kylie Jenner sudah membuktikannya.

Model juga personaliti TV berusia 19 tahun itu baru-baru ini dipilih sebagai selebriti termuda dalam senarai 100 selebriti terkaya di dunia versi majalah Forbes.

Kekayaan anak perempuan Caitlyn Jenner ini dihitung berdasarkan pendapatannya selama setahun lalu.

Memetik laporan Huffington Post, Kylie memperoleh pendapat USD 41 juta (kira-kira RM36,563,072) setahun. Semua hasil pendapatan itu diperoleh menerusi program realiti, perniagaan kosmetik, kontrak iklan dan jenama pakaiannya sendiri.

Pendapat yang cukup lumayan itu sekaligus menempatkan Kylie di urutan ke-59 dalam senarai tahunan yang dikeluarkan oleh Forbes.

Adik Kendall Jenner itu mendahului kedudukan sederet dengan aktres yang jauh lebih tua darinyaseperti Jennifer Lopez (ke-65), Rihanna (ke-77) dan Britney Spears (ke-89).

Tambah hebat, pendapatannya itu tidak jauh berbeza daripada kakak tirinya, Kim Kardashian. Bintang reality show berusia 36 tahun ini memperolehi hasil pendapatan USD 45.5 juta (RM40,579,097) dan berada di kedudukan ke-47.

Tahun lalu, Kardashian berjaya menjadi satu-satunya keluarga Kardashian-Jenner yang memasuki senarau selebriti terkaya 2016, dengan hasil pendapatan sebanyak USD 51 juta (RM45,480,894).

Tatkala dia mengetahui namanya turut termasuk dalam senarai tersebut Kylie ternyata sanga gembira.

Menerusi Twitter-nya, beks kekasi Tyga ini mengucapkan rasa syukurnya.

"Wow, masuk sebagai orang termuda di dalam senarai 100 Forbes, " tulisnya.

Apappun, kejayaan yang yang diraihnya saat ini tentunya tidak datang dengan mudah. Tahun lalu, Kylie terpalit dengan kontroversi kalah kepada penyanyi Kylie Monogue dalam kes perebutan nama "Kylie" sebagai nama komersial.

Dia juga pernah dituduh mencuri karya seorang jurusolek artis. Namun, nampaknya semua kontroversi yang terpaksa dihadapi akhirnya terbayar di tahun ini.

Powered by Blogger.