F Sedia Kahwin Jika Sudah Sampai Jodoh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sedia Kahwin Jika Sudah Sampai Jodoh

Setelah empat tahun hidup tanpa kekasih, pelakon Ainul Aishah, 32, mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki kacukan Melayu-Inggeris dikenali sebagai Khalid Redzuan.

Memetik laporan mStar online, Ainul berkata dia mula berkenalan dengan pemuda tersebut selepas menerima mesej menerusi Instagram. Tiga bulan kemudian baru mereka mula berjumpa.

Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan ini pada hari ulang tahun saya yang ke-32 April lalu.

"Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa.

"Itu pun setelah merasakan dia amat berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu Ainul berkata, dia terpikat dengan Khalid kerana tertarik dengan cara ahli perniagaan berusia 36 tahun itu menghargai kehadiran dirinya.

"Apa boleh saya katakan, Khalid berbeza dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya sebelum ini kerana dia tidak pernah sorok siapa saya di sisinya.

"Seperti saya, dia juga terbuka memuat naik gambar kami di Instagram miliknya dan kami biarkan peminat menilai sendiri tanpa perlu kami kata apa-apa," katanya pelakon drama Lara Aishah ini.

Mengakui sudah bersedia untuk menamatkan zaman solo, Ainul bagaimanapun berkata, dia sentiasa berdoa yang terbaik dan menyerahkan segalanya pada jodoh.



Powered by Blogger.