Berita Terkini
recent

‘Saya Tak Sedar Mereka Perli Saya’- Uqasha

Alamak, nampaknya drama Hero Seorang Cinderella benar-benar banyak gimik dan dramanya yang tersendiri.

Bukan setakat penuh gimik di dalam jalan cerita, malah dia juga mempunyai cerita-cerita panasnya tersendiri sewaktu di luar konti.

Baru-baru ini kecoh tentang perselisihan faham antara pengacara Meletop, Neelofa dan Nabil Ahmad tentang kehadiran Hero dan Heroin drama terbabit Fattah Amin dan Fazura.

Kemudian diikuti pula dengan pergaduhan antara Nabil dan peminat tegar Fattah, kini hangat pula diperkatakan tentang isu sindir menyindir pelakon Uqasha Senrose ketika ditemu ramah di program Meletop.

Enggan memanjangkan cerita dan mengeruhkan keadaan, Uqasha yang hadir ke program tersebut untuk mempromosikan drama arahan Michael Ang mengambil jalan bersikap professional.
Menurut pelakon kelahiran Kota Bahru ini, sebenarnyadia langsung tidak tahu dan sedar dirinya diperli oleh kedua pengacara sensasi itu.

“Sejujurnya, saya tak sedar mereka (pengacaraMeletop) perli saya. Jika benar perkara itu berlaku, pada saya, ia satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Buat apa nak ungkit balik perkara yang sudah lama berlaku.

“Saya datang untuk buat kerja bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Apa saja perkara negatif yang berlaku, saya tolak tepi. Mereka nak cakap apapun, cakaplah. Saya tak hairan pun,” katanya.

Walaupun ketika siaran nampak ekspresi wajah Uqasha kurang selesa dengan segala provokasi Nabil danNeelofa yang cuba bermain dengan emosi tetamu, dirinya berkata berdiam diri adalah jalan yang terbaik.

“Tak perlu rasanya untuk saya balas balik kenyataan yang mereka keluarkan itu,” jelasnya lagi.
Mungkin juga pengacara ini bukan perli tetapi sekadar bergurau. Nanti kita dapatkan kenyataan daripada Nabil dan Neelofa ya.
Powered by Blogger.