F Sarah Dedah Shuib Digoda, Terima Mesej Nakal Daripada Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sarah Dedah Shuib Digoda, Terima Mesej Nakal Daripada Peminat

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mendedahkan, peminat wanita cuba menggoda suaminya, Shuib Sepahtu walaupun tahu status pelakon, pelawak dan penyampai radio itu.

Memetik laporan BH online, kata Sarah, walaupun berasa jengkel dengan sikap 'gatal' peminat tersebut namun dia lebih selesa bertenang tatkala berdepan situasi yang menguji kesabarannya itu.

"Secara jujurnya, perkara ini pernah berlaku di depan mata Sarah apabila ada peminat cuba menggoda Shuib. Bagaimanapun Sarah tak adalah sampai tahap nak pergi menyerang peminat terbabit. "

"Sarah seorang yang percaya pada jodoh dan kalau jodoh itu memang milik kita, Insya-Allah tiada apa yang akan berlaku," katanya.

Tegas penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Kesetiaan ini, dia yakin Shuib setia dan tahu tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

"Ada Shuib tunjukkan pada Sarah mesej nakal yang diterima daripada peminat. Sarah baca saja. Insya-Allah Sarah tidak pernah meragui kesetiaannya,"ujar wanita berusia 32 tahun ini.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 6, Dzahira Talita Zahra, 3, dan Ariq Matin yang berusia setahun.
ot;1" />
Powered by Blogger.