F Rindu Dimarahi Julia Perez | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Rindu Dimarahi Julia Perez

Kehidupan dua selebriti popular Indonesia, Zaskia Gotik dan Ayu Ting Ting tidak lagi semeriah seperti saat masih adanya Julia Perez.

Memetik laporan detik.com Ayu dan Zaskia mengakui mereka sangat merindui bintang dangdut itu. Malah kata Zakia, sehingga kini dia masih berasa terpukul mendengar khabar Jupe meninggal dunia.

Zaskia menggambarkan Jupe seorang wanita hebat, tabah dan selalu membela dirinya setiap kali ditimpa masalah kini sudah tiada.

"Ini yang saya bangga dengan dia (Jupe). Kerana dia wanita yang tabah dan hebat. Kalau saya ada masalah dia selalu memberi sokongan dan nasihat. Saya rindu sangat pada Jupe,

"Waktu saya menyambu ulang tahun yang lalu, dia dalam keadaan kritikal tapi dia tetap telefon 'maaf ya nggak bisa kasih apa-apa. Yang penting sihat senang," kenang Zaskia sambil mengalirkan air mata.

Jupe memang tidak pernah penat untuk menegur teman-temannya apbila melakukan kesalahan. Itu juga yang dirasakan Ayu Ting Ting.

"Julia Perez itu orang yang tabah, berani, penyayang, tidak pernah bosan beri nasihat-nasihat. Kalau kita salah pasti ditegur," tutur Ayu.

"Dia selalu ambil berat apa yang kita lakukan di televisyen, kalau kita salah pasti dia tegur. Sekarang ini benar-benar kehilangan kakak," katanya.

Bagi Ayu dan Zaskia, tiada figura lain yang boleh menggantikan Jupe di mata mereka. Seorang teman, sahabat, rakan kerja, penyuntik semangat dan sangat profesional.

Julia Perez meninggal dunia pada 10 Jun lalu selepas tiga tahun menderita akibat kanser serviks.

ot;1" />
Powered by Blogger.