F Redza, Ayda santai bersama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Redza, Ayda santai bersama

Papa tengok ramai peminat begitu suka dengan gandingan Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam siri Ku Kirim Cinta yang masih ke udara di TV3 setiap Isnin hingga Khamis.

Lakonan mereka yang bercampur baur tegang-romantik itu membuatkan penonton ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Ditambah pula dengan populariti lagu temanya, Akhirnya Cinta nyanyian Salma Asis yang begitu viral pada ketika ini.

Pada waktu sama, ramai peminat gembira kalau mereka benar-benar bercinta dan Papa antara individu yang turut suka seandainya perkara ini betul-betul berlaku.

Sejak acara kemuncak ABPBH30 lagi Papa nampak mereka sudah rapat. Terbaru menerusi gambar yang dikirimkan peminat baru-baru ini, Ayda dan Redza begitu mesra di sebuah pusat beli-belah.

Mereka berdua nampak begitu akrab sepanjang kawan Papa mengekori pada hari itu.

Bagaimanapun, kata kawan Papa, mereka bukan jalan berdua, tetapi ditemani pengurus masing-masing. Barangkali tidak mahu menimbulkan fitnah atau mungundang salah faham orang ramai.

Powered by Blogger.