Berita Terkini
recent

Rambut Kena Potong Akibat Kalah Main Ping Pong

Akibat cakap besar, kononnya dia pakar bermain bola ping pong akhirnya memberi padah kepada anggota kumpulan Winner, Song Mino apabila rambutnya terpaksa dipotong selepas kalah bermain permainan tersebut.

Nasib malang Mino terjadi dalam episod baru siri realiti New Journey to the West (musim keempat) yang disiarkan pada Selasa lalu.

Dalam episod kali ini memaparkan perjalanan Kang Ho Dong ke Vietnam. Di awalnya memaparkan hos dan selebriti yang terlibat menikmati teh dan makan malam bersama. Ketika itu Mino dengan sombongnya mengaku pakar bermain bola ping pong.

Lantas Lee Soo Geun mengingatkan agar Mino supaya berhati-hati ketika bercakap lagipun penyanyi itu sebelum ini pernah kalah ketika bertanding acara olahraga dengan Eun Ji Won.

Namun rapper Winner ini tetap yakin lalu berkata, "Saya mampu mengalahkan Ji Won. Saya juga boleh dengan mudah mengalahkan Kyuhyun".

Memandangkan Mino begitu yakin, lantas Ho Dong pun mencadangkan supaya mereka bermain bola ping pong dan kepada yang kalah hukumannya adalah rambut individu itu harus dipotong.

"Jika kalah, saya akan memotong rambut saya," kata Min Ho dengan lagak percaya diri.

"Tapi sebelum itu saya harus minta izin kepada bos," tambahnya.

Sejurus itu, penerbit Na Young Seok terus menghubungi CEO YG Entertainment, Yang Hyun-suk.

"Saya rasa Min Ho akan kelihatan paling tampan jika rambutnya dipotong," komen Hyun Suk yag menggambarkan dia memberi izin kepada pihak produksi memotong rambut artisnya.

Lucunya, Min Ho kalah dengan skor 10-0 dalam pertandingan bola ping pong itu.

..

Penerbit seperti dapat menjangkakan perkara tersebut dan awal-awal lagi sudah mengundang seorang stylish untuk mengunting rambut Mino.

Mahu tidak mahu, Mino terpaksa akur dengan hukuman tersebut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.