F Ramalan Nasib Jupe 3 Tahun Lalu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ramalan Nasib Jupe 3 Tahun Lalu

Kita sebagai umat islam,kita dilarang percaya dengan perkara karut seperti percaya dengan ramalan nasib dan hanya perlu berserah kepada qada’ dan qadar tuhan

Namun, dalam sebuah program televisyen Indonesia yang dihoskan oleh Raffi Ahmad menampilkan tukang tilik pasangan suami isteri. Satu tilikan nasib yang dibuat terhadap arwah Julia Perez atau Jupe ternyata menyeramkan dan paling mengejutkan ramalan tersebut adalah tepat.  Atau hanya satu kebetulan.

Pasangan tukang tilik terkenal Indonesia iaitu Denny Darko dan isterinya, Vina Candrawati telah meramal pengakhiran hidup Jupe tiga tahun sebelum kematiannya.

Vina Candrawati yang dikenali dengan bakat melukis di atas pasir turut disegani kerana kebolehannya meramal nasib seseorang melalui daun terup. Dengan mencabut sekeping daun terup,Vina memulakan penilikan setelah kad dikocok Jupe.

Setelah dipilih, Jupe tidak dibenarkan untuk sesiapa melihat kadnya termasuk Vina sendiri dan kemudiannya mengarahkan Jupe untuk memegang bahunya sambil menggambarkan kad tersebut.
Vina memulakan lukisan dengan melukis awan mendung di langit. Belum sempat menghabiskan lukisan pasirnya, Vina melahirkan perasaan sebak dan memanggil suaminya kerana tidak sanggup untuk meneruskan ramalannya itu.

Jupe yang pada mulanya ceria mula kelihatan takut dan memeriksa kembali kad yang dipilihnya. Denny Darko yang menyambung tilikan tersebut dengan meneruskan lukisan pasir untuk mejelaskan ramalan isterinya.

Menurut ramalan Denny, kad yang dipilih Jupe merupakan seorang wanita cantik yang memiliki sayap, digambarkan melalui lukisan pasir itu mempunyai segalanya termasuk kemewahan namun sering melihat ke luar jendela mahligai mewahnya dan memegang sebuah pedang. Kelihatan di luar jendela awan hitam mendung.

Namun begitu, Denny tidak menjelaskan lebih lanjut bahawa wanita yang digambarkan itu mirip Jupe atau tidak dan menyatakan itu hanya sekadar ramalan sahaja.

Video ramalan itu kembali tular setelah pulangnya Jupe ke rahmatullah pada Sabtu, 10 Jun lalu setelah tiga tahun menderita penyakit kanser serviks.

Ramai yang terkejut dan taksub dengan ketepatan ramalan yang dibuat oleh pasangan suami isteri itu, beberapa tahun lalu sebelum pelakon wanita terkenal indonesia,Jupe meninggal dunia.

Namun mungkin ramalan ini hanyalah sekadar kebetulan sahaja.
ot;1" />
Powered by Blogger.