Berita Terkini
recent

Rain akui kerjaya nyanyian hampir berkubur

Penyanyi dan pelakon, Rain berasakan dirinya sudah kehilangan pesona dan kerjaya sebagai penyanyi bakal berkubur tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikannya ketika menghadiri acara Viral Fest Asia 2017 di Bangkok, Thailand apabila dia bercerita mengenai ke mana hala tuju kerjayanya selepas ini.

Katanya, kerjayanya sebagai penyanyi sambil menari sudah sampai ke penghujungnya dan dia mahu tampil dengan lagu lebih jauh bagus untuk peminat pada masa depan.

“Penyanyi yang menari sama seperti atlet apabila pada satu tahap mereka sudah tidak dapat melakukannya lagi. Secara peribadi, saya tidak mahu menari lagi dan keupayaan badan saya juga tidak mampu mengikut rentak muzik.

“Namun, saya akan cuba melakukannya untuk satu atau dua kail lagi di depan peminat sempena album yang akan datang,” katanya.

Bercakap mengenai lakonan pula, menurutnya filem Uhm Bok Dong sudah siap sebanyak 40 peratus dan akan ditayangkan pada Ogos nanti.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.