F Projek Bubur lambuk TV AlHijrah ke luar negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Projek Bubur lambuk TV AlHijrah ke luar negara

BERIKUTAN kejayaan projek bubur lambuk TV AlHijrah tahun lalu, mereka kini tampil dengan projek baru iaitu ‘Bubur Lambuk Go Global TV AlHijrah.

Dalam satu kenyataan oleh Unit Komunikasi Korporat TV AlHijrah mengatakan sebanyak lapan buah negara terlibat untuk program tersebut.

“Negara-negara yang akan terlibat dengan edaran Bubur Lambuk Go Global TV AlHijrah fasa pertama ialah Lubnan, London, Turki, India, German, Singapura, South Afrika dan Kuwait.



“Selain itu, program jelajah ini turut mendokong misi bantuan makanan Ramadan buat yang memerlukan serta aktiviti ini mampu mengeratkan ukhwah umah, melipatgandakan pahala dan mempromosikan makanan Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Tahun lalu menyaksikan orang ramai yang berpeluang menikmati keenakan bubur lambuk Kampung Baru dengan limpahan daging tetel edaran trak-trak TV AlHijrah  bermula di sekitar Lembah Klang kemudian ke Selatan, Timur dan Utara negara.

Sementara itu, negara pertama yang akan dituju adalah Lubnan bermula 29 Mei lalu.

“ Seramai empat orang petugas TV AlHijrah iaitu dua penerbit, Fitri Musa dan Ariswanto Mukhlas bersama juru kamera, Zamir Zulkafli akan memulakan perjalanan ke Lubnan, mereka turut dibantu Duta Besar Malaysia ke Lubnan, masyarakat setempat dan stesen televisyen tempatan.

“Penyediaan bubur lambuk pula tidak lari jauh daripada resipi asal namun pada masa yang sama mempunyai rasa tempatan penduduk Lubnan,” katanya lagi.

Setakat ini, tarikh edaran bubur lambuk di lokasi lain  adalah London ( 2 Jun) Turki (3 Jun) German (4 Jun) India (5 Jun) dan Afrika Selatan (7 Jun).

Powered by Blogger.