F Pesawat Susi Air ditembak di Papua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pesawat Susi Air ditembak di Papua

Pesawat Susi Air, dilaporkan telah ditembak pada Jumaat lalu, lapor laman berita Antara.com.

Insiden tembakan itu dilaporkan berlaku ketika pesawat itu sedang melakukan penerbangan dari kawasan Lumo menuju ke Mulia.

Difahamkan tembakan itu telah mengenai bahagian roda pesawat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papua, Irjen Pol Boy Rafli mengesahkan kejadian tembakan tersebut.


"Namun pesawat dapat mendarat dengan selamat di Mulia," katanya.

Tambah Boy Rafli lagi, dalam insiden tersebut tiada kecelakaan jiwa dilaporkan.

"Tidak ada korban dalam insiden tersebut," katanya lagi.
ot;1" />
Powered by Blogger.