F Pesakit Sindrom Down Jadi Model Baju Raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pesakit Sindrom Down Jadi Model Baju Raya

Kalau dilihat rata-rata jenama pakaian pasti akan mengambil model-model yang cantik-cantik dan tampan-tampan untuk memperagakan baju-baju koleksi mereka.
Namun kali ini terdapat sedikit kelainan yang telah ditampilkan oleh sebuah jenama pakaian yang telah memilih pesakit sindrom down sebagai model mereka.


Melalui perkongsian daripada jenama pakaian ini sendiri, ini merupakan kempen raya yang membentuk sebuah kolaborasi bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia dan sebahagian wang daripada setiap pembelian akan disalurkan kepada persatuan tersebut.

Kempen yang menggunakan tagline ‘You are your own kind of Beautiful’ ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memberikan komen yang positif.

Antara komen yang diberikan oleh netizen,
shilaayura: Cantik dorang pose! Mcm model antarabangsa, muka ng gaya tu main peranan
granny_panty: This is a magnificent idea..congrats
athirahjuhari: Cantik. I suka!
sugarcrush_cookies: beautiful!!!
shiema_hashim: Love it !!!!
zure.en: @rafiqahalisa macam patung mereka ni

Model pesakit sindrom down yang telah memperagakan pakaian koleksi raya ini adalah Khoh Hui Qi dan Siti Marina Frohlich.
Sedikit sebanyak kempen ini telah membuka mata orang ramai bahawa walaupun mereka tidak dilahirkan normal seperti orang lain namun mereka juga berhak untuk tampil menarik dan menawan di hari raya nanti.

Powered by Blogger.