F Pemenang Anugerah Puskas sedia timbang tawaran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pemenang Anugerah Puskas sedia timbang tawaran

TANGGAL 9 Januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS Award 2016.

Nama Mohd Faiz Subri kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang ini berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

Jaringan gol ajaib oleh Faiz Subri 16 Februari tahun lalu nyata unik dan viral di laman sosial serta mendapat perhatian seluruh dunia dengan mendapat 59.46% undian manakala Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriquez (Venezuela) masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.


Namun kini, Faiz yang juga pernah beraksi bersama T-Team dan Kelantan sebelum memilih Pulau Pinang untuk meneruskan kariernya seolah-olah sepi tanpa khabar aksi padang.
ot;1" />
Powered by Blogger.