F Pembantu Rumah Mencuri, Aliff Syukri Lapor Polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pembantu Rumah Mencuri, Aliff Syukri Lapor Polis

Baru sahaja beberapa hari yang lalu telah tular video perkongsian Datuk Aliff Syukri yang memberitahu berita tentang bibik atau pembantu rumahnya yang telah ditangkap mencuri di rumahnya.
Ingatkan masalah itu sudah selesai apabila Aliff telah memaafkan mereka dan tidak membuat laporan polis tentang kesalahan yang telah mereka lakukan.

Semalam perkara yang sama berulang kembali apabila bibiknya tertangkap sekali lagi kerana mencuri wang, jam dan cincin yang bernilai RM100,000.

Kali ini Aliff dan isterinya tidak mahu termakan rayuan daripada pembantunya itu dan terus membuat laporan polis serta menghantar pembantunya itu ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Aliff telah meluahkan rasa kecewanya kerana ditipu oleh pembantunya di laman facebook.
“Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar ke pihak polis. Saya termakan rayu atas dasar kesian sesama manusia..

“Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki, suami beliau sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang dan jam dan cincin saya bernilai RM100k saya tidak percaya sudah pada bibik yang gaya bak malaikat dan saya tekad melaporkan pada polis walapun saya tidak sampai hati dan menyeru polis menangkap dan membanteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya.

“Handphone saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon manager saya di profile jika ada sebarang urusan yang serius,” tulis Aliff di salah sebuah entri FB Live yang dimuat naik olehnya.



Isteri kepada Aliff, Datin Shahida juga telah meluahkan rasa kecewanya terhadap pembantu rumahnya di akaun instagram miliknya.
“Pembantu rumah buat hal…mcm2 dugaan nak raya ni…dengan bawa masuk laki kat rumah time kita x ada siap bermalam buat maksiat pula dalam rumah kita…curi duit ntah berapa kali siap dibahagi 3 org….

“Belum lagi kes rumah sepah x kemas..siang2 tidur…anak2 semua saya bawa ke ofis ptg baru blk rumah…makan semeja,apa kita makan itulah dia makan…sampai baju dalam pun saya belikan…tapi masih ada hati buat jahat..

“Sebenarnya saya bersyukur sangat dalam bulan puasa ni Allah tunjuk siapa mereka…satu2 perbuatan keji mereka terus bongkar yg memakan diri sendiri….Syukur Allah makbulkan doa saya setiap hari jauhkan saya dari mereka yg berniat tidak baik terhadap keluarga saya..,tidak sampai bila2 pun saya terpedaya dengan lakonan mereka…

“Pada yg ada maid hati2 juga sbb kbanyakan maid dekat malaysia ni adalah recycle maid,lari lepas tu agen hantar ke rumah lain pula,” tulis kapsyennya.



Diharapkan Aliff dan isteri kuat untuk menempuhi dugaan yang menimpa diri mereka lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini.
ot;1" />
Powered by Blogger.