F Pelayan hotel cerita punca kejadian | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pelayan hotel cerita punca kejadian


“Saya mohon maaf sekiranya menghalang laluan makcik sehingga membuatkan dia berang. Tapi saya terkilan dengan sikap dia yang memaki hamun saya tanpa henti. Bagi saya ia boleh diselesaikan dengan cara baik,” kata seorang pemuda Muhamad Hazrul Hisyam Effendie Ismail, 25.

Pelayan hotel di Singapura itu merupakan individu yang dikaitkan dalam satu perselisihan faham antara dua pengguna di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam ke Johor Bahru, di sini, yang tular di laman sosial.

Insiden kira-kira jam 8 malam kelmarin itu tular menerusi video berdurasi 1.12 minit yang menyaksikan pertengkaran mulut antara Muhamad Hazrul Hisyam Effendie bersama seorang wanita yang menaiki kereta Suzuki Swift yang didakwa berpunca akibat halangan di pintu keluar dari kios stesen minyak itu.


Tampil menjelaskan situasi, Muhamad Hazrul Hisyam Effendie berkata, dia yang baru mengeluarkan duit di mesin ATM dalam kedai serbaneka itu telah berhenti di tepi salah satu pintu kaca kerana telefonnya berbunyi.

“Saya bukan berdiri di tengah-tengah laluan. Tapi terkejut dengan nada suara kasar dari belakang ‘bodoh ke duduk di depan pintu ini’.

“Ketika itu saya diam, sebab anggap kesalahan di pihak saya walaupun wanita itu kemudian keluar menggunakan pintu kaca yang sebelah lagi,” katanya.

Apa yang dikesalkannya, ialah bebelan wanita itu tidak habis di situ sahaja, malah sepanjang dia menuju ke keretanya, dia melemparkan kata-kata kurang manis dengan kuat menyebabkan hampir semua orang di situ memandang saya dengan kehairanan.

“Saya malas nak panjangkan cerita, tetapi kemarahan perempuan itu bagaikan tak berpenghujung. Dia terus menerus serang dengan kata-kata.

“Saya ambil gambar kenderaannya dari jauh, namun lelaki di sebelah wanita itu pula mengambil gambar saya dan motor. Jadi saya turut rakamkan video seperti yang tular. Hakikatnya saya tak berniat memanjangkan situasi,” katanya.

Pemuda berasal dari Simpang Renggam itu berkata, rakaman video itu menggambarkan betapa marahnya wanita berkenaan.

"Saya muat naik video untuk dapatkan pandangan kawan-kawan di laman sosial dan tidak menyangka ia ditularkan.

Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Ramadan buat diri saya," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.