Berita Terkini
recent

Pelatih Peribadi Bukan Punca Hubungan Indah & Tunang Retak

Penyanyi Indah Ruhaila enggan membuat sebarang kenyataan mengenai status pertunangannya kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

Memetik laporan BH online, Indah berkata, dia mahukan sedikit ruang untuknya menyelesaikan permasalahan antara dia dan tunangnya secara baik.

"Saya tak boleh buat sebarang kenyataan buat masa ini sebab banyak perkara hendak diselesaikan dulu. Bukan pasal saya seorang, tetapi banyak hati perlu dijaga.

"Apabila perkara seperti ini terjadi, ia membuatkan saya sangat tertekan. Orang selalu tanya mengenai pengakhiran pertunangan kami dan saya takut nak beri sebarang komen kerana orang akan cepat jatuhkan hukum.

"Jadi, jalan terbaik adalah dengan saya berdiam diri dulu. Saya perlukan sedikit ruang untuk selesai masalah ini. Saya tak boleh cerita semua dan itu pun kalau ada yang percaya," katanya.

Dalam pada itu penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah ini menyangkal gosip mengatakan hubungan intim dengan seorang jurulatih peribadi.

Mengakui mengenali seorang pengurus kecergasan korporat, namun hubungan mereka sekadar kawan biasa. Malah, lelaki terbabit juga katanya bukan punca hubungan beliau dengan tunangnya retak.

"Gosip yang mengaitkan saya dengan PT (personal trainer) itu tidak benar dan ia tidak ada kena mengena dalam hal hubungan saya dengan tunang. Kalau nak diceritakan dari mula apa yang terjadi dengan hubungan ini (tunang), ia takkan habis.

"Orang boleh cakap apa saja mengenai saya, tetapi, lebih baik saya berdiam diri. Kebenarannya akan terjawab juga nanti, namun, bukan sekarang," katanya

Indah mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang mahu dikenali dengan Mr R pada 2013 sebelum menyertai Akademi Fantasia pada tahun sama.
Powered by Blogger.