Berita Terkini
recent

‘Pada Mulanya Rasa Kekok, Takut’ – Ezlynn

Pasang surut kerjayanya dalam atmosfera seni suara Malaysia sedikit pun tidak memberi tekanan kepada penyanyi serak-serak basah, Ezlynn, atau nama sebenarnya, Azline Ariffin.

Bagi penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini, jatuh bangun seseorang penyanyi itu adalah normal cuma sebagai selebriti, itu semua adalah ‘penguat’ semangat untuk terus bangkit memburu impian.

Katanya lagi, selera peminat terhadap muzik juga berubah dan penyanyi itu sendiri perlu lebih peka serta tahu apa yang dimahukan peminat, tetapi dalam masa sama tidak membelakangkan personaliti penyanyi itu sendiri.

Penyanyi ini juga lebih suka dikenali sebagai penyanyi yang energetik tapi ada yang kata suara serak-serak basahnya sesuai dengan lagu Rock Balada.

Bagaimanapun, bintang yang berasal dari Ulu Kinta, Perak ini nekad mahu mengekalkan identitinya.
Ezlynn yang ditemui Kakigosip pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Sdn Bhd dan program Ramadan Muzik-Muzik di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini tampil dengan lebih terbuka dan profesional. Dia juga sebolehnya tidak mahu isu duka menghalangnya untuk terus mengatur langkah dalam kerjaya.

Ketepikan kisah duka

Bercerita perjalanan seninya, wanita berusia 36 tahun itu berkongsi, kini menyertai syarikat pengurusan artis, Indigital bersama Maya Matahari, sekali gus berharap kerjayanya akan berjalan lebih lancar selepas ini.

Bagi Ezlynn, syarikat itu kini kian kukuh dan dan cuba memberikan yang terbaik untuk artis di bawah kendaliannya.

“Saya mahu melakukan sesuatu terhadap kerjaya seni saya dan disebabkan ada sedikit masalah dengan pengurusan sebelum ini, saya tidak mahu pihak sana rasa tertekan nak handle saya. Biar ada masa untuk diri sendiri, beri ruang antara satu sama lain.

“Sebab itulah, saya minta pihak Indigital tolong saya selepas ini,” katanya yang sudah pun bergerak bersama syarikat pengurusan artis itu sejak awal tahun ini.

Rakam single baru
Ibarat memberi satu nafas baru dalam perkembangan seninya ketika ini, Ezlynn turut berkongsi kegembiraannya merancang rakaman single baru selepas raya nanti.

sebagai satu langkah mula bersama Indigital Sdn Bhd. untuk terus menggilap sinar kerjaya nyanyian yang sudah pun bermula sejak tahun 2003 lalu.

Kata Ezlynn, mereka sedang meneliti lagu yang sesuai untuk dirakamkan termasuk bertemu beberapa komposer walaupun ketika ini lagu karya Tam Spider cukup menarik minat.

“Ramai yang dah tahu, saya ni lebih sinonim dengan lagu rancak dan suara saya juga sesuai dengan Rock Balada. Tengoklah mana satu yang terbaik,” katanya lagi.

Rancak bercerita perihal perkembangan terbaru, penyanyi yang pernah dinobatkan juara untuk kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 18 itu juga sebaliknya tidak boleh menyembunyikan perasaan terbuku di hati terhadap apa yang berlaku di dalam diari hidupnya.

“Apa yang boleh saya cakap, saya rasa lain. Macam dulu semua perkara ada yang akan bantu, handle. Kami berkawan rapat, kemudian get married. So far, saya okay dan boleh handle. Cuma ada ketikanya ia agak sukar.

“Macam pada peringkat awal, saya tidak pernah memandu sendiri meski ada lesen memandu. Memang tak biasa. Tapi kini kena cari jalan semua sendiri. Pada mulanya memanglah rasa kekok dan takut,” akuinya jujur.

Namun, Ezlynn nyata profesional dan menjadikan apa yang berlaku itu sebagai cabaran untuknya menjadi lebih kuat dalam menongkah arus industri seni. Ujarnya lagi, dia perlu tabah dan hidup perlu diteruskan.

Rindui momen dulu, mahu berdikari

Ezlynn juga mengakui rindu dengan momen indahnya sebelum ini.


“Tempoh 11 tahun itu cukup lama dan ia sudah jadi habit. Bila jadi habit, saya cukup terkesan dengan segalanya. Namun syukur keluarga juga faham dan sentiasa menyokong.

Mereka beri kebebasan untuk saya pilih yang terbaik dan hormati segala keputusan,” terang Ezlynn yang lebih berani untuk berdepan dengan orang sekeliling demi meneruskan legasi seninya.
Tidak mahu menceritakan kisah peribadinya kepada umum namun selepas lebih 13 tahun dalam dunia seni, sukar bagi Ezlynn menolak setiap pertanyaan lalu dia cuba menjawab sebaik mungkin dan bersedia untuk berdikari.

Pada masa sama, Ezlynn turut merakamkan terima kasih buat semua atas doa, sokongan juga kata-kata semangat untuk dia terus tabah menempuh cabaran sebagai seorang public figure.

Ezlynn juga memberi sokongan untuk meraikan Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 24 Ramadan depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Bagi Ezlynn, acara tersebut merupakan kesempatan terbaik untuk sama-sama manfaatkan pengertian dan pemahaman terhadap ayat-ayat suci Al-Quran.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.