Berita Terkini
recent

Netizen Terkejut Tengok Juadah Berbuka!

BAZAR Ramadan memang lokasi yang pasti diserbu setiap hari menjelang waktu berbuka kerana hampir semua makanan dijual di situ.

Di situ jugalah anda mungkin akan bertemu dengan makanan pelik, yang langsung anda tidak pernah lihat sebelum ini.

Contohnya arnab goreng, yang gambarnya telah dikongsi di Facebook oleh seorang pengunjung bazar Ramadan di Kampung Guntong, Terengganu.

“Makanan eksotik pun ada di kampung ambo nih.. ore kato sedap ..try beli sekor.. wak mapuh doh.. di bazar Ramadhan Kg Guntong.. gerai Mohd Ebbie Shafiran,” tulis Muhammad Iskandar.

Dua keping gambar yang dimuat naik itu telah menarik minat netizen yang rata-rata terkejut dan tidak dapat meneka apa yang dijual.

Berdasarkan komen, ia adalah arnab yang digoreng.

“Arnab. Sebab kaki belakang lebih besar dari kaki depan,” tulis Tajuddin Al Hammam.

Kamarul Azram menulis: “Dah tentu binatang ni halal dimakan sebab jual kat Malaysia, lepas tu orang Islam jual tapi ada yang masih tanya kucing ke tu…hahahahaaaa lawak la.”

Dalam pada itu ada juga yang menyarankan agar si penjual memotong kepala arnab ini sebelum dijual kepada pelanggan.

Tak kurang juga yang ‘tak sampai hati’ untuk makan haiwan ini walaupun ia halal dan telah disembelih.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.