Berita Terkini
recent

Neelofa Rimas Dikaitkan Dengan Fattah

Meskipun kisah cintanya bersama Fattah Amin yang pernah menular di media sosial sudah lama berakhir, tetapi sehingga hari ini nama aktor itu sukar untuk tidak dikaitkan dengan Neelofa.

Ramai peminat yang masih menaruh harapan besar kedua-dua bintang popular ini bersatu dalam ikatan cinta walaupun sekarang dilanda deman #fattzura.

Memetik laporan Utusan Mingguan, Neelofa kini sudah agak mulai rimas dan pening kerana asyik dikaitkan dengan Fattah Amin kerana hampir lebih setengah tahun ia berlaku.

"Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tidak ada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal tersebut.

"Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu (kisah dengan Fattah).

"Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap agar semangat Ramadan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah ‘begini’ dibangkitkan,” katanya.

Neelofa yang sudah ‘move on’ dan tidak sesekali berasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana dikelilingi orang yang tersayang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.