Berita Terkini
recent

Nasib Nhaveen Dapat Perhatian Komposer Dari India

Nasib remaja mangsa buli, T Nhaveen, mendapat perhatian maestro muzik yang juga pemenang Oscar dan Grammy dari India, AR Rahman.

Memetik laporan BH online, beberapa minit sebelum remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan meninggal dunia, komposer yang meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi filem Slumdog Millionaire itu memuat naik doa untuk kesembuhan remaja terbabit menerusi laman Twitternya.

"Nhaveen, saya mendoakan semoga anda segera pulih. Semua jenis perbuatan tidak berperikemanusiaan harus berakhir dan masyarakat perlu sedar mengenainya," katanya.

Bagaimanapun, remaja yang dipukul dan dibuli hingga mengakibatkan kecederaan parah selain mengalami kesan koyakan pada dubur disahkan meninggal dunia beberapa minit selepas status berkenaan dimuat naik.

Nhaveen yang dibelasah dengan teruk oleh sekumpulan lelaki yang dikenalinya di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam enam petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi Sabtu lalu, remaja itu dan rakannya yang berusia 19 tahun diserang sekumpulan lelaki, namun rakannya melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan.

Terdahulu, Rahman yang pernah berkunjung ke Malaysia beberapa kali berkongsi laporan sebuah portal berita tempatan mengenai kisah Nhaveen yang bercita-cita menjadi komposer sepertinya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.