Berita Terkini
recent

Nasib malang wajah sama dengan penjenayah

Seorang lelaki yang menghabiskan 17 tahun di penjara atas tuduhan jenayah yang tidak dilakukannya akhirnya dibebaskan selepas menemui pesalah sebenar yang menyerupainya.

Richard Anthony Jones dari Kansas City dibebaskan hakim selepas mengugurkan sabitan ke atasnya selepas bukti yang menyabitkannya adalah tidak kukuh.

Jones dipenjara kerana melakukan rompakan bersenjata pada tahun 1999 selepas seorang saksi mengenalpastinya sebagai pesalah.


Bagaimanapun tiada bukti fizikal, DNA atau cap jari yang mengaitkan Jones selain dari pengecaman dari saksi.

Semasa perbicaraan semula kesnya, saksi yang sama tidak dapat membezakan Jones dengan seorang lagi suspek yang menyerupainya iaitu Ricky.

"Saya tidak percayakan tuah, saya yakin saya dirahmati," kata Jones kepada Kansas City Star ketika ditemui selepas dibebaskan.

Jones sebelum ini telah membuat beberapa rayuan namun gagal.

Namun dua tahun lalu, dia terdengar seorang lelaki di penjara yang mirip wajahnya dan turut berkongsi nama pertama yang sama.

Selepas menyedari, mungkin lelaki itu adalah individu yang melakukan jenayah terbabit, Jones menghubungi Midwest Innocent Project, sebuah pertubuhan tanpa keuntungan yang menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada tahanan yang tidak bersalah.

Peguam yang mengendalikan kes Jones berkata, pihaknya meneliti persamaan wajah kedua-dua lelaki berkenaan.

"Setiap orang akan mempunyai wajah seiras dengan yang lain dan kami  bernasib baik kerana menemuinya," katanya dipetik news.com

Jones kini sedang membiasakan diri dengan kehidupan luar dan berkata gembira kerana dapat kembali ke sisi anak-anak.

Powered by Blogger.