F Nampak Ke Saya Mengangkang? - Ogy | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Nampak Ke Saya Mengangkang? - Ogy

KUSSS semangat! Sabarlah Kak Ogy, dugaan menjadi anak seni sememangnya hebat. Tapi jika komen itu berbau hinaan dan fitnah, ia semenangnya tidak wajar dan Ogy ada hak untuk naik angin.
Dalam satu status berbentuk cetakan skrin itu, individu tersebut dilihat cuba mempertikaikan perniagaan 'sambal Goreng Saadiah' yang dijual Ogy dengan mengaitkan kisah hidup aktres itu sebagai anak seni sebelum ini.

@ezaieyda: Kalau boleh elakkan dari makan air tangan artis... masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah tak ada punca pendapatan mulalah berjualan, sambal bodoh taruk nama lagend... air tangan tu jangan bagi anak-anak makan.

Bagaimanapun menerusi kapsyen yang ditulis Ogy pada entri tersebut tidak menampakkan kemarahannya namun beliau sekadar minta pandangan netizen berhubung perkara tu.

"Saya terima komen ni dari hamba Allah ini tentang produk saya. Tentang kerja saya sebagai artis. Saya nak pandangan anda (pengikut Instagramnya)," tulis Ogy atau Fauziah Ahmad Daud ringkas.
Belum sampai satu jam ia dimuatnaik, lebih 300 komen ditinggalkan bukan sahaja daripada netizen malah rakan-rakan artis lain yang turut meluahkan rasa geram dengan apa yang cuba disampaikan individu tersebut.

Sheila Rusly turut memberi komen berikut:  Subhanallah, mengucaplah @ezaieyda siapa awak nak menghukum @kak_ogy dan artis. Itu kerja Allah. Jangan kita menghina sesama kita. Nilah kesilapan Melayu. Sedih dengan kata-kata awak yang langsung tak mencerminkan iman. Moga Allah ampunkan dosa-dosa awak.
Shiha Zikir pula menulis: Ya Allah... busuknya hati... baca dari tulisan dia pun dah tau hati dia sendiri macam mana. Sabar ye sis Ogy...  doakan yang baik-baik untuk komen tu.


Sementara itu Ogy ketika dihubungi  berkata, dia agak terkejut apabila menerima komen tersebut pada pagi Selasa sambil menyifatkan perkara sebegitu tidak sepatut berlaku pada bulan Ramadan.

"Saya langsung tidak kenal siapa dia, kenapa dia bertindak menghina, memfitnah dan cuba untuk menabur pasir dalam 'periuk nasi' saya? Dia pernah ke nampak saya 'mengangkang' sana sini masa saya muda-muda dulu?

"Saya tahu akaun tersebut palsu dan digunakan untuk menghentam saya.

"Namun saya terpanggil untuk berkongsi entri tersebut sekadar mahu menyedarkan netizen kalaupun ada yang bencikan saya sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah bulan penuh mulia ini," ujarnya kecewa.

Hmm... kami setuju apa yang dikatakan Ogy. Kita yang baca ni pun naik geram! Tak manis nak menuduh orang bukan-bukan.

Apa-apa pun, kami respect buat Ogy kerana masih boleh bersabar dan tenang menghadapi fitnah di bulan Ramadan ini.

Semoga perniagaan Sambal Goreng Saadiah Ogy terus maju.



Powered by Blogger.