Berita Terkini
recent

Nama Penyanyi Popular Diperguna Bapa Sendiri Songlap Wang Derma

Seorang paderi yang juga merupakan bapa kepada penyanyi terkenal, Yenny, didakwa atas penipuan dan penyelewengan wang hasil derma serta memperdayakan pengunjung yang berkunjung ke gerejanya.

Tambah malang, bekas anggota kumpulan Wonder Girls itu nampaknya telah digunakan oleh bapanya sendiri bagi mendapatkan derma daripada orang ramai.

Paderi yang dikenali sebagai Park itu berjaya diberkas oleh pihak berkuasa pada April lalu selepas disyaki menggelapkansebanyak $17.9 juta daripada 150 orang.

Walau bagaimanapun, hanya baru-baru ini identiti lelaki itu didedahkan dan dia sebenarnya adalah bapa Yenny.

Park didakwa menipu hadirin dan pengikut di gerejanya dengan meminta derma dan kononnya sumbangan itu akan disalurkan kepada organisasi yang bergabung dengan gereja berkenaan.

Kata Park, hasil sumbangan tersebut akan digunakan itu untuk membina sebuah institut penyelidikan ekonomi dan beliau berjanji untuk membayar dividen selepas projek itu berjalan. Malah berjaya meyakinkan masyarakat dengan menggunakan kemasyhuran anaknya untuk tujuan pemasaran.

Dia di dakwa memberitahu orang ramai bahawa dia tidak akan menipu mereka kerana Yenny adalah seorang figura umum.

Seorang individu mendakwa ada menghubungi Yenny dan memaklumkan mengenai kegiatan bapanya itu.

"Saya bercakap dengan Yenny selepas kejadian itu.

"Dia benar-benar terkejut dan berkata dia tidak tahu bagaimana untuk membayar balik $ 17.9 juta," kata individu tersebut

Sementara itu, netizen meluahkan rasa kecewa atas kejadian tersebut.

"Anak perempuannya telah membuat banyak wang, berapa banyak wang lagi yang dia perlukan?," tulis seorang.

"Jika dakwaan itu benar, dia perlu bersara atau membayar balik semua wang mereka," tambah yang lain.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.