Berita Terkini
recent

Misha Serik 23 Jam Tersekat Dalam Kesesakan Lalu Lintas

Pengalaman pernah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas selama 23 jam ketika hendak pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya membuatkan Misha Omar serik.

Kongsi pelantun hits Terima Seadanya ini, justeru dia tidak kisah sekiranya terpaksa pulang beraya di kampung selepas sekembalinya warga kota ke ibu negara.

"Tak sanggup hendak lalui kesesakan lalu lintas. Saya pernah melalui pengalaman tersekat dalam kesesakan selama hampir 23 jam di jalan raya ketika hendak balik ke kampung.

"Jadi saya tak kisah kalau beraya di Kuala Lumpur dahulu kemudian pulang ke kampung. Raya kan sebulan...," katanya.

Tahun ini Misha menyambut Syawal di rumah mertuanya di Subang Jaya. Kemudian mereka sekeluarga akan pulang ke Rasah Negeri Sembilan iaitu rumah nenek sebelah suaminya.
Berkongsi mengenai kemeriahan menyambut lebaran, Misha berkata, tahun ini suasananya lebih meriah bersama anak-anaknya yang semakin membesar.

"Kami menyambut raya sederhana saja. Tetapi tahun ini suasananya lebih riuh rendah dengan tiga orang anak saya. Persiapan raya saya memang suka buat awal termasuklah baju raya anak-anak kerana tidak mahu kelam kabut," katanya.

Mengenai juadah kegemaran, Misha memberitahu, sudah menjadi tradisi dalam keluarganya menikmati juadah nasi dan lauk di pagi raya. Jika di sebelah keluarga suami pula, menunya seperti nasi impit, lontong dan rendang.

"Suami saya tidak cerewet orangnya jadi tidak sukar untuk menyediakan juadah. Anak-anak pula, mereka suka kuih seperti semperit dan rempeyek.

Misha, 35, mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Firos Ezzwan Rossly, 35, pada 2 Mei 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa berusia 10 bulan. Misha juga mempunyai dua orang anak angkat Muhammad Adam Emir, 11, dan Lateefa, 5.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.