Berita Terkini
recent

Mina (Twice) Diugut Bunuh, JYP Sedia Ambil Tindakan

Baru-baru ini, kecoh mengenai tindakan seorang pengguna internet yang memuat naik mengunggah sekeping gambar pisau dan menuliskan ancaman bunuh terhadap anggota kumpulan Twice, Mina Myoui.

Ancaman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sehinggakan akhirnya JYP Entertainment terpaksa campur tangan demi melindungi artis yang bernaung dengan agensi mereka.

Pada Selasa lalu, wakil agensi memberikan respon mengenai ancaman tersebut. Mengambil serius mengenai hal itu, agensi menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang demi melindungi Mina.

"Daripada hasil siasatan pihak berkuasa mengenai ancaman kepada artis kami, kami akan memberikan amaran,"

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kelak," ujar perwakilan agensi.
Powered by Blogger.