F Michael Ang cari protege! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Michael Ang cari protege!

PENGARAH, Michael Ang kini sedang mencari dua orang protege untuk menurunkan ilmunya.

Menerusi pengumuman di akaun Instagramnya, beliau berkata, penyertaan tersebut terbuka kepada semua orang.

"Perhatian, sempena tahun 2017 ini, I nak dua orang untuk saya mentorkan menjadi seorang pengarah, 'prefer' yang baru tamat pengajian ataupun  mula nak bertapak.


"Tidak kira lah lelaki, perempuan, pondan, gay, pengkid, Melayu, Cina, India atau apa-apalah, hantar resume anda kepada I," tulisnya.

Michael Ang turut menulis kriteria-kriteria yang dicari dari bakal protegenya itu.

"Janji U kena rajin, ingin belajar dan apa yang U tulis atau hantar adalah hasil kerja anda dan bukan kerja orang, Love you all," tulisnya lagi.

Antara drama arahannya yang mendapat sambutan adalah Suri Hati Mr Pilot, Hero Seorang Cinderella dan juga filem Kimchi untuk Awak.
ot;1" />
Powered by Blogger.