Berita Terkini
recent

Mengaku Salah Ambil Dadah, T.O.P. Hadapi Hukuman Penjara 10 Bulan

PENYANYI terkenal Korea Selatan, T.O.P. mengaku salah terhadap semua tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah jenis marijuana sebelum ini.

Anggota kumpulan Big Bang itu membuat pengakuan itu selepas tampil pada sebutan kes itu di mahkamah pada Khamis.

Hakim yang mendengar kes itu memerintahkan T.O.P. diletakan dibawah pemerhatian selama dua tahun namun sekiranya gagal mematuhi perintah sepanjang tempoh itu dia akan dikenakan penjara selama 10 bulan.

Ia kemunculan pertama kali T.O.P. dikhalayak selepas insiden dia dijumpai tidak sedarkan diri pada 6 Jun lalu.

Selepas prosiding selesai, penyanyi berusia 29 tahun itu bertemu media yang berkumpul di perkarangan mahkamah untuk mengakui kesalahannya.

Sambil menundukkan kepalanya, penyanyi itu memberitahu; "Saya mengaku terhadap semua tuduhan ke atas saya," katanya.

Pemilik nama sebenar Choi Seung Hyun itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan menggunakan dadah jenis marijuana iaitu menghisap dan mengambilnya dalam bentuk cecair.
ot;1" />
Powered by Blogger.