Berita Terkini
recent

‘Masih Terbayang Wajah Pencuri Senyum Sinis’ – Ara Johari

Minggu lalu seorang penyanyi baru kelahiran Akademi Fantasia 2016, Ara Johari telah dirompak.
Menurut sumber, telefon bimbit Ara telah dicuri di depan matanya sendiri malah si pencuri itu sempat tersenyum sinis sebelum beredar.

“Saya menerima panggilan daripada polis memberitahu pencuri itu sudah berjaya ditangkap. Masih terbayang-bayang lagi wajah pencuri berkenaan dengan senyuman sinisnya sebelum beredar,” katanya.
Ara juga mengatakan kejadian yang berlaku itu sangat meninggalkan kesan yang sangat mendalam padanya.

Namun kini Ara boleh menarik nafas lega apabila pencuri yang mencuri telefon bimbitnya itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Kata Ara lagi, tidak mengapa jika telefon bimbitnya itu sudah tiada namun apa yang diharapkan adalah pencuri berkenaan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.
“Biarlah sekiranya telefon itu sudah tiada, namun apa yang penting si pencuri berkenaan bakal menerima hukuman setimpal dengan jenayah dilakukan,” katanya.

Ara juga sudah melakukan proses pengecaman pencuri tersebut di Balai Polis Damansara.
Semoga Ara lebih berhati-hati selepas ini kerana perkara yang tidak diingini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Dan kepada semua, perkara yang menimpa Ara ini boleh dijadikan iktibar agar kita sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja kita berada.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.