Berita Terkini
recent

Masih Sebumbung Tapi Tak Bercakap

Penyanyi Ezlynn memberitahu dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin, namun buat masa ini mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Ezlynn, 35, ketika ditemui pada majlis tayangan Syawal TV3 dan TV9 di ibu kota semalam, mengakui pergolakan dalam rumah tangganya timbul kerana tiada lagi persefahaman antara dia dan Adam.

Pun begitu dia kini semakin kuat menerima dugaan tersebut dan menjalani rutin serta meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Kami masih sebumbung. Cuma kami tidak berkomunikasi. Tetapi kami tidak bergaduh sebaliknya masing-masing bersikap rasional.

"Perkara (pergolakan) ini sudah terjadi lama cuma orang luar malah keluarga saya sendiri pun baru tahu tentang hal ini, baru-baru ini. Lagipun selama ini saya menjalani rutin saya seperti biasa sebab itu mungkin pada pandangan orang tiada apa-apa yang berlaku.

"Tetapi saya kuatkan diri dan akan terus tabah. Saya berdoa dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Saya rasa inilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk kami berdua," katanya yang mengakui tetap nekad dengan keputusannya memfailkan cerai.

Ezlyn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mendirikan rumah tangga dengan Adam, 36, yang juga merupakan pengurus peribadinya 36, pada 20 November 2011.

Terdahulu, laporan media menyebut Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hai Hai Bye Bye ini berkata dia kini beransur pulih namun masih mengambil ubat-ubata sehingga paru-parunya kembali kuat dan batuk yang di alami hilang.

"Allhamdulillah, saya semakin okay tapi buat masa sekarang masih ambil ubat sebab doktor sarankan saya perlu meneruskan pengalbilan ubat sehingga paru-paru saya betul-betul kuat dan batuk saya hilang," katanya.

Tidak menafikan sebaliknya Ezlynn mengakui masalah yang sedang dilaluinya kini secara tidak langsung memberinya tekanan sehingga dia jatuh sakit.

"Iya, sedikit sebanyak kerana masalah ini membuatkan saya rasa tertekan.

" Selama ini saya memang mempunyai penyakit asmah tetapi sudah agak lama ia tidak menyerang. Mungkin kerana saya stress sangat tambahan asmah saya elegik dengan stress itu yang menyebabkan saya mendapat serangan," tuturnya.

Pada 26 Mei lalu, Ezlynn dimasukkan ke sebuah hospital swasta dan doktor mengesahkan dia dijangkiti demam virus dan rentetan daripada itu penyakit asmah yang dialaminya sebelum ini juga kembali muncul. Dia dirawat di hospital berkenaan selama lima hari.

Semenatra mengenai perkembang seni pula, Ezlynn yang kini dibawah pengurusan Indigital Music, merancang muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.